suria

Harga Dapatkan Pogba Terlalu Tinggi - Legenda Man United

Paul Scholes. Foto EPA

LEGENDA Manchester United sebelum ini, Paul Scholes tidak bersetuju dengan harga £86 juta (RM461.46 juta) bagi mendapatkan pemain Paul Pogba daripada Juventus.

Scholes berpendapat bahawa Pogba belum setanding Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi untuk mendapatkan harga setinggi itu.

Terdahulu, Manchester United dilaporkan berhasrat untuk membawa pulang Pogba ke Old Trafford.

Pemain kelahiran Perancis itu sebelum ini berhijrah ke Juventus pada 2012.

Bagi Scholes, beliau mengetahui tahap prestasi pemain berusia 23 tahun itu.

Bagaimanapun, beliau merasakan Manchester United tidak memperuntukkan banyak wang untuk membeli Pogba.

"Dia (Pogba) sangat berbakat dan saya pernah bermain dengan dia. Saya tahu dia memang bagus. Tetapi ketika ini nilai yang diminta terlalu tinggi," katanya.

Menurut Scholes, Pogba perlu meningkatkan prestasi dirinya untuk membuktikan untuk membuktikan dia layak mendapatkan harga tinggi.

Menurut Mail Online, Manchester United dilihat akan memuktamadkan perpindahan yang mencatatkan rekod dunia dengan jumlah £110 juta (RM585.95 juta) bagi mendapatkan Paul Pogba daripada Juventus.

Manchester United sebelum ini dilaporkan menawarkan £86 juta bagi membawa masuk semula bintang Perancis itu tetapi ditolak oleh Juventus.



Paul Pogba

Artikel Lain