Gol Nasri Bantu Kemenangan Man City - Sukan | mStar

Gol Nasri Bantu Kemenangan Man City

Samir Nasri
TUAN rumah, Manchester City memastikan kemenangannya ke atas West Bromwich Albion dengan gol 2-1 dalam perlawanan awal pagi Ahad.

Kemenangan di Stadium Etihad itu juga menyaksikan City menambah tiga mata, menjadikan mereka berada di empat kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris dengan 57 mata.

Di atas mereka adalah Arsenal yang hanya mempunyai kelebihan dua mata iaitu 59.

Gol West Brom disumbat masuk oleh Stéphane Sessègnon seawal minit keenam, sementara gol City disumbangkan oleh Sergio Aguero pada minit ke-13 dan Samir Nasri.

Dalam perlawanan ini City tampil tanpa kekuatan penuh.

Vincent Kompany dan Raheem Sterling tidak diturunkan oleh Pellegrini kerana masih belum pulih sepenuhnya manakala David Silva juga perlu berehat kerana mengalami kecederaan hamstring.

Gol kemenangan City diperoleh menerusi Nasri pada minit ke- 66 setelah menerima umpan daripada Aguero di pintu gol.

Gol tersebut merupakan gol pertamanya sejak mengalami kecederaan pada Oktober 2015 sekali gus membuktikan bahawa dirinya masih berbisa setelah tidak menyertai 21 pertandingan bersama City di Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini Nasri hanya bermain 25 minit dalam perlawanan menentang Burnemouth, minggu lepas.
Samir Nasri , Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barcelona Kalah Lagi

Artikel Berkaitan

City, PSG Sekadar Seri

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain