AFC Sokong India Jadi Hos Piala Dunia Bawah 17 Pada 2017 - Sukan | mStar

AFC Sokong India Jadi Hos Piala Dunia Bawah 17 Pada 2017

NEW DELHI: Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) menyokong India untuk menjadi hos kejohanan Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada September 2017 bagi mempopular sukan itu di benua kecil tersebut.

Dalam acara pelancaran persiapan kejohanan di sini yang turut dihadiri bintang Bollywood seperti Abhisek Bachan dan John Abraham, Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa berkata India mempunyai potensi untuk menjadi antara negara bola sepak yang hebat di masa depan.

"Kejohanan ini adalah permulaan buat negara ini dan saya yakin Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) boleh membuat persembahan baik dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata sebagai persediaan, AIFF akan menjadi hos kepada kejohanan AFC Bawah 16 Tahun pada tahun depan.

Pasukan senior India kini menduduki ranking ke-172 dunia.

Emam bandar raya telah dikenal pasti bagi menjadi venue kejohanan bawah 17 tahun iaitu New Delhi, Goa, Kolkata, Cochin, Guwahati dan Mumbai.

Presiden AIFF Praful Patel berkata India merupakan antara pasukan utama di Asia sekitar 50-an dan 60-an dan pernah layak ke Piala Dunia 1950 di Brazil.

"Namun kami enggan bermain dalam kejohanan itu bila tidak dibenarkan bermain dengan berkaki ayam," katanya.

Beliau berkata ia merupakan peluang baik untuk menjadi hos kejohanan Bawah 17 Tahun Piala Dunia bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak India.

Patel turut berharap India yang mempunyai penduduk 1.25 bilion orang dapat menjadi hos kejohanan piala dunia bawah 20 tahun.-- Bernama

India , AFC , Piala Dunia Bawah 17

Artikel Sebelum

Dua Lagi Atlet Negara Gagal Ujian Doping

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain