suria

Djokovic Iringi Federer Ke Separuh Akhir

Novak Djokovic.

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic akan mengiringi Roger Federer pada kelompok empat terakhir Jelajah ATP Final selepas menundukkan Tomas Berdych 6-3 7-3, awal pagi Jumaat.

Djokovic akan bertemu Rafael Nadal pada aksi separuh akhir, Sabtu ini manakala Federer akan menentang sama ada Stanislas Wawrinka atau Andy Murray.

Pemain Serbia itu tewas kepada Federer pada Selasa lalu sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah di gelanggang tertutup.

Dalam perlawanan berasingan, Federer menewaskan Kei Nishikori 7-5 4-6 6-4.

Federer memenangi aksi Kumpulan Stan Smith dengan mengekalkan rekod 100 peratus, kali kesembilan dalam 14 penampilan berturut-turut dalam kejohanan elit ini.

"Saingan agak sukar. Ia permainan yang bagus. Kei membalas pukulan dengan baik terutama pada servis kedua. Permainan ini amat agresif tetapi menyeronokkan," kata Federer.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain