suria

Ancaman Serangan Pengganas, Aksi Persahabatan Belgium-Sepanyol Dibatalkan

PERLAWANAN persahabatan antarabangsa di antara Belgium dan Sepanyol yang dijadualkan berlangsung awal pagi Rabu dibatalkan berikutan peningkatan ancaman serangan pengganas.

Kebimbangan terhadap keselamatan menjadi punca utama pembatalan perlawanan ini selepas serangan pengganas di Paris Jumaat lalu.

Dan pegawai pasukan Belgium mengesahkan pembatalan aksi itu di laman twitter rasmi pasukan pada Selasa petang.

"Perlawanan menentang Sepanyol dibatalkan."

Manakala kenyataan rasmi penuh oleh Persatuan Bola Sepak Belgium didedahkan di laman web mereka.

"Mengambil kira nasihat pihak berkuasa dan pasukan kebangsaan Sepanyol, Belgium FA membuat keputusan untuk batalkan perlawanan ini.

"Pihak kerajaan juga turut menghubungi persatuan memberi pandangan agar tidak meneruskan aksi perlawanan awal pagi esok. Ia berkaitan dengan amaran ancaman serangan pengganas.

"Kami kecewa dengan pembatalan perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini, malah memahami perasaan semua penyokong.

"Namun kami tidak boleh mengambil sebarang risiko berkaitan dengan keselamatan pemain dan penonton.

"Pemegang tiket bagi perlawanan ini akan diselesaikan minggu ini."

Belgium, Sepanyol, Persahabatan Batal

Artikel Sebelum

Artikel Lain