suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Suhandinata: China Sekat Cabaran Malaysia

KUALA LUMPUR: Persembahan memberangsangkan skuad badminton remaja kebangsaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2015 (Piala Suhandinata) berakhir apabila kalah 0-3 kepada pasukan pilihan pertama, China, pada peringkat suku akhir kejohanan itu di Perkampungan Sukan Kebangsaan di Lima, Peru pada Jumaat.

Berikutan kekalahan itu, Malaysia, yang berkongsi kedudukan sebagai pilihan kelima/kelapan akan bertemu Hong Kong pada perlawanan klasifikasi ke-21/24 bagi menentukan ranking pasukan dalam kejohanan itu.

Penyandang juara, China, akan menentang pilihan ketiga/keempat, Jepun di peringkat separuh akhir pada pukul 7 malam Sabtu waktu tempatan (7 malam Ahad waktu Malaysia).

Terdahulu, China dan Malaysia masing-masing muncul sebagai juara kumpulan A1 dan A2 apabila memenangi kesemua empat perlawanan pusingan awal, menurut laman sesawang rasmi kejohann itu, www.bwflima2015.com.

Dalam pelawanan dengan China, Malaysia ketinggalan 0-1 apabila pasangan beregu campuran negara, M. Thinaah/Tan Jinn Hwa kalah 10-21, 11-21 kepada Chen Qingchen/Zheng Siwei.

Pemain perseorangan lelaki negara Tembok Besar itu, Lin Guipu menambah satu lagi kemenangan untuk China setelah memperoleh mata 21-23, 22-20 dan 21-10 ketika menentang pemain nombor satu Malaysia, Cheam June Wei.

Siwei, yang berpasangan dengan He Jiting, menyempurnakan kemenangan China apabila mengalahkan pasangan Aaron Teng Fong Chia/Goh Sze Fei 20-22, 21-15 dan 21-10 dalam acara beregu lelaki.

Selepas kejohanan ini berakhir pada Ahad, acara perseorangan Kejohanan Remaja Dunia akan berlangsung di venue sama dari 10 hingga 15 November. - BERNAMA

Piala Suhandinata, Malaysia, China

Artikel Sebelum

Buemi Raih Petak Pertama

Artikel Berikut

Ribery Saman CNN RM6.5 Juta

Artikel Lain