Buemi Raih Petak Pertama - Sukan | mStar

Buemi Raih Petak Pertama

Buemi akan memenuhi petak pertama pada saingan ePrix di Putrajaya, Sabtu.

PUTRAJAYA: Pelumba Switzerland, Sebastien Buemi meraih petak pertama untuk kali kedua berturut-turt bagi Kejohanan Formula E FIA musim 2015 pada ePrix Putrajaya di sini, Sabtu.

Pemandu pasukan Renault e.Dams itu mencatat masa satu minit, 20.196 saat, mendahului pemandu Perancis, Stephane Sarrazi daripada Venturi Formula E Team dengan 0.443s, manakala pemandu Dragon Racing, Loic Duval dari Perancis, mendapat petak ketiga dengan masa 1:20.886s.

Pada awal musim ini, Buemi meraih petak pertama dalam pusingan pertama Kejohanan Formula E FIA 2015 pada 24 Okt di Beijing ePRix.

Pada edisi kedua ePrix ini, para pemandau perlu berlumba 33 pusingan di litar sepanjang 2.560 kilometer itu, lebih dua pusingan daripada perlumbaan pertama di sini di litar jalan raya Putrajaya tahun lepas.-- Bernama

Buemi , ePrix , Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Suspek samun stesen MRT dikenal pasti

Hotel di Makkah hangus dijilat api