suria

Ribery Saman CNN RM6.5 Juta

PARIS: Tindakan rangkaian kabel berita, CNN menggunakan gambar Frank Ribery ketika menyiarkan berita kematian seorang wanita membawa padah apabila disaman pemain bola sepak Perancis itu.

Ribery menuntut ganti rugi AS$1.5 juta (RM6.5 juta) media berpangkalan di Amerika Syarikat itu susulan kejadian di pusat rawatan krioterapi.

Peguam Ribery, Carlo Alberto Brusa berkata, CNN menyiarkan berita kematian Chelsea Ake-Salvacion, pada 28 Oktober lalu. 

Wanita berusia 24 tahun itu ditemui mati di dalam kebuk krioterapi di sebuah pusat spa di Nevada.

Menerusi beritanya, CNN menyiarkan gambar kepala Ribery ketika menggunakan mesin sama yang juga sering digunakan ramai ahli sukan.

"Susulan penyiaran gambar Franck Ribery seperti ini, ia dikaitkan dengan kematian wanita berkenaan yang ada hubungan dengan rawatan krioterapi.

"Franck Ribery tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk penggunaan foto atau imejnya kepada penyiaran yang dinyatakan ini," kata peguamnya.

Brusa berkata, penggunaan gambar berkenaan adalah kesalahan dan melanggar hak peribadi sehingga mendatangkan kerosakan kepada anak guamnya serta ahli keluarganya. - AFP

Frank Ribery, CNN krioterapi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain