suria

Benzema, Valbuena Digugur Dari Skuad Perancis

Benzema (kanan) didakwa atas tuduh memeras ugut video seks Valbuena (kiri).
KARIM Benzema dan Mathieu Valbuena tidak tersenarai dalam pasukan Perancis menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Jerman dan England.


Benzema didakwa atas tuduhan bersubahat dalam 'percubaan bersubahat memeras ugut' dan konspirasi melakukan akta jenayah yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah terhadap pemain tengah Lyon itu.

Bintang Real Madrid itu tikdak dibenarkan berhubung dengan rakan-rakannya dalam pasukan dan namanya tidak disenaraikan Dider Deschamp untuk Perancis itu.

Secara kebetulan Benzema tidak boleh beraksi kerana kecederaan manakala Valbuena diketepikan memandangkan kesnya dalam perbicaraan.

Hatem Ben Arfa dan Kingsley Coman dipanggil menyertai barisan Deschamp itu.

Coman yang meninggalkan Paris Saint-Germain ke Juventus pada 2014 dengan pinjaman dua tahun sebelum berpindah ke kelab gergasi Jerman berjaya mencetak gol pertama musim ini dengan kepercayaan yang diberikan Pep Guardiola di Bayern Munikch.

Perancis akan bertemu Jerman di Stade de France pada 13 November ini manakala akan berkunjung ke Stadium Wembley menentang England  pada 17 Mac depan,

Artikel Lain