suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benzema Didakwa Atas Tuduhan Peras Ugut Video Seks Valbuena

KARIM Benzema didakwa atas tuduhan memeras ugut berkaitan dengan video seks terhadap  rakan sepasukan Perancis Mathieu Valbuena.

Bintang Real Madrid itu dituduh dengan 'percubaan bersubahat memeras ugut' dan konspirasi melakukan akta jenayah.

Berdasarkan undang-undang Perancis, hukuman lima tahun penjara akan dikenakan jika disabitkan kesalahan.  

Benzema, 27, tidak dibenarkan berhubung dengan pemain tengah Lyon itu selepas pertuduhan dibuat.

Kedua-dua pemain ini dijangka akan mengisi senarai barisan pasukan Perancis menjelang dua perlawanan persahabatan minggu ini, namun jurulatih Didier Deschamps kini berdepan dengan situasi sukar untuk membuat keputusan.

Benzema ditahan pada pagi Rabu dan disoal siasat mengenai skandal pita video seks itu, manakala seorang lagi penyerang Perancis Djibril Cisse turut disoal siasat bulan lalu namun dibebaskan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain