suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Manchester United Impian Saya" - Anthony Martial

Anthony Martial.

ANTHONY Martial meluahkan bahawa dirinya seperti bermimpi menjadi sebahagian daripada Manchester United, salah satu kelab paling berjaya di Eropah.

Martial secara rasmi menyarungkan jersi Manchester United setelah menjalani ujian perubatan di Ibu Pejabat Manchester United di Carrington.

"Saya amat menikmati waktu saya di Monaco. Saya berterima kasih atas apa yang sudah mereka berikan. Kini, saya adalah pemain Manchester United, dan ini adalah impian saya," kata Martial menerusi wawancara pertamanya selepas bergelar pemain Manchester United.

"Saya sering menginginkan untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Saya tak sabar untuk segera bertemu teman-teman baharu dan bekerja bersama Louis van Gaal yang merupakan jurulatih di kelab terbaik di dunia," tambahnya.

Pemain berusia 19 tahun itu melengkapkan perpindahannya dengan bayaran berjumlah £36 juta.

Artikel Berikut

Artikel Lain