suria

Terbuka AS: Nishikori, Ivanovic Tersingkir Awal

Kei Nishikori.

PEMAIN Jepun, Kei Nishikori dan Ana Ivanovic (Serbia) masing-masing tersingkir pada aksi pembukaan kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York.

Nishikori yang juga pemain pilihan keempat tewas 6-4 3-6 4-6 7-6 (8-6) 6-4 kepada Benoit Paire dari Perancis.

Sementara itu, Ivanovic kecundang di tangan pemain Slovakia, Dominika Ciblukova 6-3 3-6 6-3.

Nishikori berkata beliau akan 'kembali dengan lebih kuat' pada tahun hadapan.

"Ia amat menyedihkan apabila tersingkir di pusingan pertama tetapi saya merasakan dia (Paire) bermain dengan bagus. Jadi saya tidak fikir saya bermain dengan teruk, " katanya.

Nishikori pernah menggemparkan dunia apabila menundukkan Novak Djokovic di Flushing Meadows pada 2014.

Pemain pilihan utama kejohanan, Djokovic pula mara ke pusingan kedua dengan mudah selepas menewaskan Joao Souza dari Brazil, 6-1 6-1 6-1.

"Saya hanya berharap dapat meneruskan rentak permainan sebegini sekiranya saya mempunyai peluang terbaik terhadap mana-mana pemain," kata Djokovic.

Beliau hanya mengambil masa selama 71 minit untuk menundukkan pemain ranking ke-89 dunia itu.





Kei Nishikori, Terbuka AS

Artikel Berikut

Artikel Lain