suria

Ahmed Deedat Rangkul Juara Terbuka KL

Ahmad Deedat Abdul Razak

KUALA LUMPUR: Ahmed Deedat Abdul Razak merangkul juara Kejohanan Tenis Terbuka KL 2015 selepas mengalahkan pemain kebangsaan nombor satu Syed Mohd Agil Syed Naguib pada Isnin.

Pemain berusia 20 tahun ini menang 6-4 dan 6-4 selepas bertarung selama dua jam di Pusat Tenis Negara, Jalan Duta.

"Kemenangan ini menambah keyakinan saya untuk perlawanan akan datang iaitu Sirkit Kebangsaan BMW.

"Perlawanan akhir ini sangat sukar tetapi saya mengambil peluang untuk mengalahkan agil. Saya tidak meletak sebarang sasaran untuk perlawanan akan datang kerana saya mahu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk terus mencipta kemenangan," katanya kepada pembertia selepas perlawanan.

Ahmed Deedat membawa pulang wang tunai RM7,200 sementara Syed Mohd Agil menerima RM3,800.

Polina Merenkova dari Uzbekistan pula mencipta juara kali kedua bahagian wanita selepas mengalahkan pemain Thailand, Punin Kovapitukted 6-2 dan 6-2.

Semalam beliau yang berpasangan dengan Belinda Chai dari Sarawak merangkul juara beregu wanita dengan mengalahkan pasangan Vietnam, Punin dan Huynh Phi Khanh 6-3 dan 6-4.

"Saya suka Malaysia dan sering datang ke sini untuk bermain. Saya menang kejohanan ini dua tahun lalu dan kini saya menang dua kejuaraan. Saya sangat teruja dan suka berada di Malaysia, berpuas hati dengan permainan saya dan saya berterima kasih kepada semua penyokong saya, kata Polina, 19.

Sementara itu pengerusi penganjur kejohanan dan Presiden Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur, Mirzan Tun Mahathir berkata pihak penganjur telah menambah hadiah wang tunai untuk menarik lebih ramai peserta tempatan dan antarabangsa.


Beregu Lelaki

Truong Giang Thanh/Lam Quang Tri (VIE) mn Syed Agil/Mohd Assri Merzuki (MAS) 6-2,1-6, 11-9

Masters Perseorangan Lelaki (35 tahun ke atas)

Lai Kok Seong (SEL) mn Rathasart Kaew (THA) 7-5, tidak terus bermain


Masters Beregu Lelaki

Rathasart Kaew (THA)/Lai Kok Seong (SEL) mn Park Jin Wok (KOR)/Lim Boon Hin (SEL) 6-2, 6-3


Perseorangan Veteran Lelaki (50 tahun ke atas)

Marco Winter (NED) mn Michael Juhl (NED) 7-6(3), 6-2


Beregu Veteran Lelaki

Marco Winter (NED)/ Khairuddin Bahrom (KL) mn Aziz Ismail (KL)/ Mohiddin Omar (NSE) 6-2, 6-0

Ahmad Deedat Abdul Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain