suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hernandez Berhijrah Ke Bayer Leverkusen

Hernandez bersama Pengarah Sukan Bayer Leverkusen, Rudi Voller selepas menyempurnakan perpindahannya dari Old Trafford.

BERLIN: Bayer Leverkusen berjaya menyempurnakan perpindahan penyerang Javier Hernandez dari Manchester United untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Korea Son Heung-min yang menyertai Tottenham Hotspur pada minggu lalu.

"Perpindahan ini akan berupaya menyesuaikan skuad kami dengan cabaran lebih besar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Selepas melepasi saingan peringkat kumpulan (Liga Juara-Juara Eropah) kami mahu mencipta sejarah bersama Javier Hernandez," kata Ketua Eksekutif Leverkusen, Michael Schade dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nilai perpindahan tersebut tidak didedahkan kepada media tetapi ia dipercayai bernilai 13 juta euro (RM61.21 juta).

Hernandez, 27, menyertai United pada 2010 tetapi dipinjamkan ke Real Madrid pada musim lalu.

Dia akan kekal bersama kelab Bundesliga itu sehingga 2018.

Leverkusen menewaskan Lazio dengan agregat 3-1 untuk mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kelab itu akan bertemu Barcelona, AS Roma dan BATE Borisov.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain