suria

Chelsea Belanja £100 Juta Untuk Pogba Dan Stones

Paul Pogba
PEMAIN muda Everton akan melengkapkan musim panasnya di Stamford Bridge selepas Mourinho mengalami permulaan sengsara musim ini.

Dari segi mental dan emosi, Chelsea dilihat muncul untuk berada dalam 'kedudukan yang baik' musim panas ini.

Selepas kejayaan cemerlang selaku juara liga musim lalu, kelab ini seolah-olah tidak mahu keterlaluan dalam berbelanja untuk mendapatkan pemain bintang handal seperti yang dilakukan sebelum ini seperti £50 juta untuk Torres dan £30 juta untuk Shevchenko.

Walaupun kelab lain telah membelanjakan berjuta-juta bilion pound untuk menandatangani khidmat pemain handal, berlainan pula dengan Chlesea yang berkata: "Hanya seorang, Asmir Begovicsatu dengan £8juta sudah cukup baik bagi saya, terima kasih."

Tetapi hanya selepas seminggu ditundukkan oleh Manchester City, The Blues nampaknya terpaksa kembali ke 'trend lamanya'. Jose Mourinho tidak dapat berdiam diri daripada terus tidak menandatangani pemain.

Dengan Pedro dan Baba Rahman yang telah menandatangani perjanjian pada minggu ini, pengurus Chelsea itu kini bersedia untuk berbelanja lebih besar, £100 juta untuk mendapatkan Paul Pogba  dan John Stones, menurut Daily Star.

Bintang Juventus dan Perancis itu akan bersama dengan kelab milik Roman Abramovich dengan nilai £60 juta manakala Blues bersedia untuk mengeluarkan £40 juta untuk Stones.

Pemindahan Stones sepatutnya berjalan lebih lancar apabila pemain pertahanan Everton itu membuat permintaan pemindahan, di mana The Sun meramalkan dia akan melakukannya dalam dengan segera.

Paul Pogba, John Stones

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain