suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"De Gea Tidak Akan Dijual" - Van Gaal

LOUIS Van Gaal menegaskan untuk tidak menjual David De Gea pada jendela pemindahan pemain kali ini walaupun penjaga gol berkenaan disisihkan daripada skuad utama.

De Gea digugurkan daripada skuad utama Manchester United sejak awal musim selepas pemain berkenaan hilang tumpuan gagara-gara ingin berhijrah ke Real Madrid.

Van Gaal memberitahu, De Gea akan disisihkan sehingga 1 September iaitu apabila jendela pemindahan ditutup sebelum dia dibenarkan beraksi dalam kesebelasan utama.

"Saya rasa apabila Manchester United mahukan pemain itu dia akan datang, kecuali kelab tidak mahu menjualnya. Begitu juga dengan kami. Kami tidak mahu menjual De Gea.

"Saya telah bercakap perkara ini tiga minggu yang lalu bahawa kami akan menilai semula De Gea pada 1 September," jelas Van Gaal.

Manchester United

Artikel Lain