suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Mewah Sterling Dijual Dengan Harga RM9.7 Juta

BEKAS pemain Liverpool, Raheem Sterling mahu menjual rumah agam empat bilik miliknya di Southport bernilai 1.5 juta pound (RM9.7 juta).

Sterling berpindah ke Manchester City musim ini dengan bayaran lumayan 49 juta pound (RM314.11 juta).




Pemain berusia 20 tahun itu melepaskan rumah mewahnya itu yang dilengkapi dengan kolam renang, panggung wayang mini serta sebuah bar peribadi yang bertemakan rekaan Michael Jackson.

Selain itu, rumah tersebut turut menyediakan sebuah gimnasium dan jakuzi, gelanggang bola keranjang serta halaman bermain bola sepak.



Citarasa mewah Sterling dapat dilihat melalui ruang bilik tidurnya dengan hiasan corak zebra, ruang tamu serta ruang dapur yang ringkas dan bercitarasa tinggi.

Pertengahan musim lalu, bekas pemain Queens Park Rangers ini mendedahkan dia tidak lagi berminat untuk meneruskan kontraknya bersama The Reds yang berbaki dua tahun.



Sterling mencatat rekod perpindahan pemain paling mahal di Manchester City malah nilai ketiga tertinggi yang di buat oleh kelab Liga Perdana Inggeris selepas Angel di Maria dan Fernando Torres.

Sterling membuktikan perpindahannya ke Manchester City berbaloi dengan menjaringkan tiga gol ketika perlawanan pra musim bertemu Roma Julai lalu, malah tampil dengan aksi mengkagumkan ketika kemenangan 3-0 City ke atas Chelsea Ahad lalu. 

Artikel Berikut

Artikel Lain