suria

Man United Dilaporkan Tawar €85 Juta Dapatkan Thomas Muller

Thomas Muller.

MANCHESTER United dilaporkan membuat tawaran bernilai €85 juta (RM382.2 juta) kepada penyerang Bayern Munich, Thomas Muller.

Pemain Jerman itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas, dengan Bayern dipercayai telah menolak dua tawaran untuk Muller sebelum ini.

Mereka menegaskan bahawa pemain berkenaan bukan untuk dijual pada sebarang harga. 

Bagaimanapun Muller pada hujung minggu lalu telah memutuskan untuk menyertai kelab di bawah pimpinan Louis van Gaal.

Menurut laporan Bild, Manchester United telah membuat sejumlah besar tawaran.

Bulan lalu, CEO Bayern, Karl-Heinz Rummenigge menafikan spekulasi mengenai Muller akan berhijrah ke Manchester United dengan mengisytiharkan bahawa bintang pasukan Jerman yang menjuarai Piala Dunia itu tidak boleh dijual.

"Terdapat pemain yang tidak mempunyai tanda harga," jelas Rummenigge.

"Kami mungkin tak ada perasaan sekiranya kami membenarkan pemain seperti itu meninggalkan pasukan ini," tambahnya.

Thomas Muller, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain