EVERTON diundi menentang Barnsley pada aksi pusingan kedua Piala Capital One.
Selain itu beberapa kelab Liga Perdana Inggeris termasuk Bournemouth, akan berkunjung ke Harlepool manakala Leicester ke Bury.
Norwich pula akan bertemu Rotherham, Stoke akan berkunjung ke Luton manakala Watford ke Preston.
Chelsea hanya akan berentap pada pusingan ketiga bersama tujuh kelab lain yang melayakkan diri untuk kejuaraan Eropah itu.
Ia termasuk Manchester City, Arsenal, Manchester United, Tottenham, Liverpool, Southampton dan West Ham.
Sembilan kelab Liga Kejuaraan tersingkir pada aksi pusingan pertama.
Swansea City, juara kejohanan ini pada 2013 akan menentang York City manakala Exter diundi bertemu Sunderlang.
Berikut adalah jadual undian pusingan kedua Piala Capital One. Perlawanan akan dimulakan pada 24 Ogos ini:
Aston Villa lwn Notts County
Walsall lwn Brighton and Hove Albion
Crystal Palace lwn Shrewsbury Town
Sheffield Wednesday lwn Oxford United
Portsmouth lwn Reading
Hartlepool United lwn Bournemouth
Fulham lwn Sheffield United
Milton Keynes Dons lwn Cardiff City
Hull City lwn Rochdale
Sunderland lwn Exeter City
Bury lwn Leicester City
Doncaster Rovers lwn Ipswich Town
Rotherham United lwn Norwich City
Swansea City lwn York City
Queens Park Rangers lwn Carlisle United
Barnsley lwn Everton
Peterborough United lwn Charlton Athletic
Birmingham City lwn Gillingham
Newcastle United lwn Northampton Town
West Bromwich Albion lwn Port Vale
Wolverhampton Wanderers lwn Barnet
Burton Albion lwn Middlesbrough
Luton Town lwn Stoke City
Preston North End lwn Watford


