suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Perlu Minta Maaf Kepada Doktor Chelsea

JOSE Mourinho perlu meminta maaf kepada doktor pasukan Chelsea, Eva Carneiro berikutan tindakannya memarahi wanita itu.

Mourinho sebelum ini bukan sekadar memarahi doktor berkenaan tetapi turut menggantung pasukan berubatan daripada terlibat dalam sesi latihan atau perlawanan.

Bekas ketua perubatan Liverpool, Dr Peter Bunker berkata, tindakan Mourinho merupakan satu tingkah laku yang mengejutkan.

"Apabila ada pemain yang jatuh di atas padang, pengadil akan meminta doktor dan pasukan perubatan untuk membantu.

"Mereka perlu memberi bantuan secepat mungkin atau membawa pemain keluar dari padang.

"Oleh itu apakah yang Mourinho mahu pasukan perubatan lakukan, tidak menghiraukan arahan pengadil dan biarkan apa yang berlaku?," kata ketua pasukan perubatan bagi pasukan kriket Australia.

Chelsea

Artikel Lain