Lebih RM1 Bilion Untuk Naik Taraf Kompleks Sukan Bukit Jalil - Sukan | mStar

Lebih RM1 Bilion Untuk Naik Taraf Kompleks Sukan Bukit Jalil

Khairy bersalaman dengan salah seorang atlet pada majlis sambutan Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Kerja naik taraf dan pembinaan kemudahan baharu di Kompleks Sukan Bukit Jalil menjelang penganjuran temasya Sukan SEA 2017 akan melibatkan perbelanjaan lebih RM1 bilion. 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata projek pembangunan semula itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas penganjuran temasya dwitahunan itu.

Menurut Khairy, kerja naik taraf akan melibatkan Stadium Putra, Stadium Nasional, pusat akuatik, stadium hoki, asrama atlet selain turut membina beberapa kemudahan baharu di sekitar Bukit Jalil. 

"Jumlah RM1 bilion ini melibatkan dua fasa yang akan merangkumi pembinaan kemudahan baharu dan kerja naik taraf untuk stadium sedia ada. 

"Kita akan bina satu pusat konvensyen tertutup yang baharu sebab satu stadium tertutup tidak cukup. Ia akan dibina di tapak letak kereta di depan stadium utama," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra pada Isnin.

Khairy berkata anggaran kos ini turut mengambil kira aspek keselamatan yang memerlukan pihak stadium menggantikan kemudahan sedia ada untuk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Apabila kemudahan dibina pada 1998, pada waktu itu garis panduan pembinaan bukan seketat yang ada hari ini. Ada beberapa perkara di mana pihak Bomba dan Penyelamat sendiri minta kita buat pertukaran dari segi dalaman stadium dan kemudahan yang perlu memenuhi spesifikasi yang dibenarkan," katanya.

Khairy berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengenal pasti beberapa venue latihan serta penempatan sementara atlet untuk memastikan mereka dapat meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA nanti.

Kompleks Sukan Bukit Jalil akan ditutup kira-kira satu setengah tahun bagi tujuan pembangunan semula dan menambah baik kawasan sekitarnya sebagai persediaan Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA pada 2017.

Khairy berkata lapan syarikat telah disenarai pendek dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sedang menyediakan kertas kerja untuk kelulusan jemaah menteri mengenai pembida yang berjaya mendapat tender berkenaan.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan bahawa kos yang agak tinggi bukan sahaja untuk keselesaan atlet tapi juga ia dapat menjana pendapatan Perbadanan Stadium Malaysia selaku badan yang menyelenggara Kompleks Sukan Negara.

Sementara itu, mengenai Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri Perlis, Khairy berkata kementerian menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk tindakan selanjutnya berhubung kontrak penyelenggaraan yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.

"Kita serah kepada JKR untuk tamat kontrak sebab tidak jalankan tugas. Kita minta JKR cepatkan proses untuk tamat kontrak dan cari kontraktor baharu.

"Kita buat kemudahan tapi tidak dijaga dengan baik. Sepatutnya mereka perlutahu macam mana hendak guna dan buat program untuk memastikan kemudahan di situ terguna dan terjaga," katanya.

Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri dilaporkan terbiar dan mengalami kerosakan teruk kerana tidak diselenggara dengan baik oleh kontraktor yang ditetapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Floyd Mayweather Tayang Duit Lagi...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain