suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wolfsburg Tewaskan Bayern Munich Untuk Bergelar Juara

NICKLAS Bendtner tampil sebgai hero buat Wolfsburg apabila menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir Piala Super Jerman pada Ahad.

Bendtner menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk menjadikan kedudukan 1-1 dan kemenangan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sebelum itu, anak didik Pep Guardiola berada di depan selepas Arjen Robben menjaringkan gol tunggal Bayern pada minit ke-49.

Bayern yang turun sebagai juara Bundesliga gagal memanfaatkan penentuan penalti apabila mereka tewas kepada Wolfsburg 5-4.

Pemain tengah kelab itu, Alonso gagal menyempurnakan sepakan dengan baik sekaligus menyerah kemenangan kepada Wolfsburg.

Dalam perlawanan itu, Bayern membariskan pemain bertaraf bintang termasuk pemain baharu dari Juventus, Arturo Vidal.

Bayern Munich

Artikel Lain