suria

PSG Tewaskan Lyon, Rangkul Trofi Juara Ketiga Berturut-Turut

PARIS St Germain (PSG) merangkul trofi kejuaraan ketiga berturut-turut dengan kemenangan 2-0 ke atas Olympique Lyonnais di Stade Saputo, Montreal pada Sabtu.

Serge Aurier menanduk masuk gol pertama pada minit ke-11 dan penyerang Uruguay Edinson Cavani menjaringkan gol dari jarak dekat tujuh minit kemudian.

Lyon, naib juara kepada PSG dalam Ligue 1 musim lalu, menyudahkan permainan dengan 10 pemain selepas Maxime Gonalons dilayangkan kad kuning kedua beberapa minit selepas perlawanan berlangsung selama satu jam.

PSG turun tanpa pemain antarabangsa Argentina Javier Pastore dan Ezequiel Lavezzi yang telah kembali bersama skuad berikutan penglibatan mereka dalam Copa America.

Kedua-dua pasukan melakukan persediaan untuk permainan dengan corak yang bertentangan antara satu sama lain.

Lyon tewas lima daripada enam perlawanan persahabatan, termasuklah dibelasah 6-0 oleh Arsenal dalam Piala Emirates, manakala PSG menewaskan Manchester United, Fiorentina dan Benfica dalam International Champions Cup.

PSG, Lyon

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super, Sabtu

Artikel Lain