suria

Theo Walcott & Santi Cazorla Tanda Tangan Kontrak Baru Dengan Arsenal

Theo Walcott

PENYERANG Arsenal, Theo Walcott telah menandatangani perlanjutan kontrak selama empat tahun lagi yang bakal menyaksikan dia menerima bayaran gaji baru sebanyak £140,000 seminggu.

Pemain berusia 26 itu kini menjadi pemain yang paling lama berkhidmat untuk skuad Arsenal.

Dia menyertai Arsenal dari Southampton pada 2006 dan sejak itu telah menghasilkan 50 gol dalam 208 perlawanan liga.

Musim terbaiknya ialah pada 2012-13 yang menyaksikannya menjaringkan 14 gol. Walcott adalah pemain antarabangsa England.

Kontrak semasa Walcott dijadualkan tamat pada penghujung musim 2015-16 ini dan jika kontraknya tidak diperbaharui dalam tempoh enam bulan dari sekarang dia bebas berunding dengan mana-mana kelab untuk perpindahan secara percuma sebagai ejen bebas.

Sementara itu Arsenal turut mengumumkan bahawa mereka juga telah melanjutkan kontrak pemain tengah antarabangsa Sepanyol, Santi Cazorla, 30, selama dua tahun lagi.

Kontrak Cazorla juga akan turut tamat menjelang hujung musim akan datang ini.

Artikel Lain