suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Szscesny Sahkan Perpindahan Ke Roma Menerusi Instagram

PENJAGA gol Arsenal Wojciech Szscesny mengumumkan bakal menyertai pasukan Serie A, Roma secara pinjaman pada Isnin.

Szscesny, 25, memuat naik rakaman video di laman Instagram miliknya pada petang Ahad untuk mengesahkan beliau akan meninggalkan Emirates untuk berhijrah ke Rome.

Bertutur dalam bahasa Itali, Szscesny berkata: 'Selamat petang Giallorossi! Saya amat gembira, kerana akan pergi ke Roma esok. Jumpa anda di sana.'

Pemain kebangsaan Poland itu diberikan lampu hijau oleh pihak pengurusan Arsenal untuk melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Roma.

Kelab gergasi Itali itu berminat untuk mendapatkan khidmat Szczesny secara tetap tetapi masih belum mencapai rundingan mengenainya dengan Arsenal.

Szczesny jarang diturunkan pada musim lalu susulan ketibaan David Ospina dan kehadiran Petr Cech dari Chelsea pada musim ini menyebabkan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama The Gunners.

Arsenal, Wojciech Szscesny

Artikel Sebelum

Artikel Lain