suria

Tidak Mungkin Dapatkan Khidmat Ronaldo - Van Gaal

Cristiano Ronaldo.

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal menegaskan membawa masuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid adalah sesuatu yang 'tidak mungkin' dilakukan, tetapi beliau mahukan pemain terkemuka dunia yang mampu mencipta kreativiti di dalam pasukannya.

United kini berjaya mendapatkan khidmat Morgan Schneiderlin, Bastian Schweinsteiger, Matteo Darmian dan Memphis Depay pada musim panas ini.

Beberapa muka baharu itu dilihat mampu mengimbangi skuad United sedia ada sejak dua tahun lalu.

Namun, ketiadaan Radamel Falcao dan Robin van Persie yang berhijrah ke kelab lain menyebabkan United kini kehilangan 'pemain bintang' pada musim panas ini.

"Chelsea memiliki Hazard. Dia sentiasa menjaringkan gol dan boleh mencipta pelbagai peluang. Chelsea juga ada Willian dan Oscar.

"Manchester City ada Agüero, dia pemain yang memiliki kebolehan yang sama. Barcelona ada Messi, Neymar dan Suarez.

"Kami di Manchester United perlu bersaing dengan kelab tersebut. Jadi kita perlu mencari pemain seperti itu," katanya.

Ketika ditanya adakah United berminat untuk memancing semula Ronaldo, Van Gaal berkata: “Ronaldo? Dia mungkin datang, tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku.'

Artikel Berikut

Keputusan MLS

Artikel Lain