suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Pecut Kekal Milik Bolt

LONDON: "Saya masih nombor satu dan akan terus menjadi nombor satu hingga bersara," akui Usain Bolt.

Reaksi spontan itu diberikan juara Olimpik dan pemegang rekod dunia itu selepas mencatatkan masa 9.87 saat pada acara 100 meter pada kejohanan Liga Berlian London, Sabtu.

Raja pecut dunia berusia 28 tahun itu menampilkan aksi cemerlang ketika saringan dan final di trek Stadium Olimpik yang basah akibat hujan.

Berdasarkan catatan 100m yang dilakukannya pada 2015, Bolt kini berada di kedudukan keenam.

Justin Gatlin, pelari Amerika Syarikat yang menjalani penggantungan dua kali akibat dadah, mendahului senarai dengan 9.74s dan juga mencatat 9.75s dua kali serta 9.78s.

Bolt bagaimanapun masih mempunyai ruang untuk diperbaiki sebelum mempertahankan gelaran 100m dan 200m pada Kejohanan Dunia di Beijing bermula 22 Ogos ini, di trek Sarang Burung yang menyaksikan dia memenangi tiga pingat emas pertama Olimpik (100m, 200m and 4x100m) pada 2008.

Pelari Jamaica itu memenangi setiap acara 100m dan 200m yang disertai sepanjang tujuh tahun lalu, kecuali 100m pada Kejohanan Dunia 2011 di Korea Selatan apabila lariannya dibatalkan.

Ia era dominasi acara pecut yang tidak mampu ditandingi dalam sejarah acara trek dan padang.


 

Usain Bolt, Liga Berlian London

Artikel Lain