suria

Arsenal Menang Mudah 4-0 Di Singapura

Akpom menjaringkan hatrik untuk Arsenal.

CHUBA Akpom menjaringkan hatrik ketika Arsenal mara ke final kejohanan Trofi Liga Perdana Asia selepas menundukkan Pilihan XI Singapura 4-0, malam Rabu.

Penyerang itu mempamerkan aksi berkualiti apabila menjaringkan tiga percubaan termasuk satu menerusi sepakan penalti.

Perlawanan itu turut menyaksikan Jack Wilshere menjaringkan gol pada minit ke-60.

The Gunners menguasai perlawanan pada babak pertama dan mencipta beberapa peluang untuk menggegar gawang tuan rumah.

Percubaan gandingan mantap pemain muda Arsenal, Akpom dan Alex Iwobi di barisan hadapan berjaya diselamatkan Izwan Mahbud.

Mahbud berjaya mengekang kemaraan pasukan lawan termasuk pecubaan Alex Oxlade-Chamberlain.

Aksi babak kedua menyaksi perubahan ketara corak permainan Arsenal yang menguasai perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan itu anak buah Arsene Wenger akan menentang Everton pada aksi final, petang Sabtu ini.

Barisan pemain:

Pilihan XI Singapura: Mahbud, Esah, Khaizan, Mohana, Sulaiman, Shahfiq, Camara, Amri, Velez, Barahudin, Nazari. 

Arsenal: Martinez, Debuchy, Mertesacker, Gabriel, Monreal, Wilshere, Flamini, Coquelin, Oxlade-Chamberlain, Iwobi, Akpom.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain