suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Semakin Hampir Dapatkan Pertahanan Itali

MANCHESTER United dilapor semakin hampir untuk mengikat pertahanan kanan Torino, Matteo Darmian selepas perbincangan dengan kelab itu memasuki fasa lebih serius.

United memerlukan pemain yang mampu beraksi di pertahanan kanan selepas pengendali kelab itu, Louis Van Gaal memutuskan pemain Brazil, Rafael tidak cukup bagus untuk posisi berkenaan.

Difahamkan, proses perbincangan untuk mendapatkan Darmian, 25, sedang berlangsung dan pemindahan bernilai £11 juta bakal dicapai tidak lama lagi.

Darmian yang merupakan pemain pertahanan Itali - setinggi enam kaki dijangka dapat membantu Van Gaal menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini.

Hal ini kerana jurulatih kelahiran Belanda itu sebelum ini mendakwa memerlukan seorang pertahanan yang tinggi seperti Jonny Evans.

Manchester United, Itali

Artikel Sebelum

Artikel Lain