Jangan Beli Tiket Final Piala FA Dengan Ulat Tiket - Ismail - Sukan | mStar

Jangan Beli Tiket Final Piala FA Dengan Ulat Tiket - Ismail

Ismail Md Noor.

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata mereka dinasihatkan tidak membeli tiket dengan ulat-ulat tiket kerana ia dijual dengan harga yang mahal.

"Jadi penyokong perlu memberi kerjasama dan tidak berurusan dengan ulat-ulat tiket ini, penyokong juga diminta untuk tidak panik, kita sedang berusaha mendapatkan tiket tambahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya tiket yang diperuntukkan kepada Lions XII tidak habis dijual," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata tiket perlawanan akhir itu akan dijual bermula 9 pagi pada Sabtu, dan penyokong The Red Warriors (TRW) boleh mendapatkan tiket berkenaan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

"Sebanyak lapan kaunter dibuka...seorang penyokong hanya boleh beli lima keping tiket," katanya.

Ismail berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.

Pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah dilaporkan berkata FAM telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas.

KAFA , final Piala FA , Kelantan , Lions XII

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain