suria

Wenger Mahu Halang United Rampas Kedudukan Ketiga Liga

ARSENE Wenger percaya Arsenal mampu layak ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan secara automatik biar pun tewas 1-0 kepada Swansea di Stadium Emirates pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

The Gunners yang kini berada di kedudukan ketiga liga berharap akan terus memberi tekanan kepada Manchester City di tangga kedua, malah dalam masa sama mampu mengatasi Manchester United yang bakal di hadapi mereka Ahad ini.

Kekalahan dengan Swansea itu menyaksikan skuad Wenger gagal mengatasi City, malah sekiranya tewas pada Ahad ini, mereka bakal bertukar kedudukan dengan United.

"Amat penting untuk menamatkan saingan liga musim ini di tangga ketiga.

"Kami masih lagi mempunyai baki perlawanan. Apa yang dirasakan terdesak adalah perlawanan Ahad ini," jelas pengendali kelahiran Perancis itu.

Arsenal masih berbaki tiga perlawanan termasuk bertemu United minggu ini, Sunderland (20 Mei) dan West Bromwich Albion pada 24 Mei nanti.

Manakala United bakal menutup saingan liga musim ini dengan bertemu Hull City seminggu selepas bertemu Arsenal.

Setakat ini, The Gunner mengumpul 70 mata daripada 35 perlawanan, ketinggalan tiga mata daripada City, manakala United mengumpul 68 mata (36 perlawanan).

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain