suria

Iker Casillas Bertahan Di Real Madrid Hingga 2017

Iker Casillas. Foto AFP

PERSOALAN tentang masa depan penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas akhirnya terjawab apabila dia dikhabarkan akan tetap bertahan di Santiago Bernabeu sehingga 2017.

Masa depan Casillas menjadi tanda tanya sejak musim panas lalu. Perkara itu disebabkan oleh Real Madrid yang menunjukkan minat untuk mendapatkan penjaga gol Manchester United, David De Gea sebagai ganti.

Bagaimanapun, Marca melaporkan bahawa Casillas memilih untuk menghormati kontraknya yang masih mempunyai baki dua tahun lagi.

Pada masa sama, Casillas juga masih menunggu adakah De Gea akan menyertai Real Madrid. 

Ini kerana Manchester United nekad untuk menjaga penjaga gol handalannya dengan memanjangkan kontrak.

Casillas mula bersama Real Madrid sejak 1990 lagi dan sehingga kini dia tampil dalam lebih 700 perlawanan bersama kelab yang diberi gelaran Los Blancos itu. 

Iker Casillas, Real Madrid

Artikel Lain