suria

Phil Jones Pertahanan Muda Terbaik Di Eropah

PHIL JONES dinamakan sebagai pemain pertahanan tengah muda terbaik di Eropah oleh pemantau bola sepak CIES.

Pemain Manchester United dan England itu disenaraikan sebagai pemain pertahanan tengah terbaik bagi kategori bawah 23 tahun.

Setiap pemain dinilai dari segi prestasi, pemulihan, cubaan, mencipta peluang, penghantaran bola dan menyekat lawan.

Daripada penilaian itu, CIES memberikan 100 markah kepada Jones yang berusia 23 tahun untuk berada di depan pertahanan Real Madrid, Raphael Varane.

Tempat ketiga menjadi milik, pemain Atletico Madrid, Jose Gimenez dengan 77 markah.

Bagaimanapun, statistik yang dikeluarkan CIES tidak menjadi bahan rujukan kelab-kelab ternama untuk mendapatkan pemain.

Manchester United

Artikel Lain