suria

Neymar Pelawa Paul Pogba Sertai Barcelona

BINTANG Barcelona, Neymar mengajak Paul Pogba menyertai kelab itu bagi mengembangkan lagi bakat pemain Perancis terbabit.

Pemain Brazil itu mendakwa, dirinya merupakan peminat Pogba yang turut diburu Chelsea dan Manchester City menerusi pemindahan bernilai £50 juta.

Malah, Neymar juga berhasrat untuk beraksi bersama bintang Juventus berusia 22 tahun itu pada musim depan.

"Kami membuka 'pintu' untuknya. Dia seorang pemain yang hebat, muda dan sentiasa berusaha untuk berada di peringkat terbaik. Dia boleh melakukan lebih di Barcelona," jelasnya.

Barcelona dan Juventus bakal bertemu di final Liga Juara-juara Eropah di Berlin pada 6 Jun jika kedua-dua pasukan itu berjaya mengekalkan momentum kemenangan.

Pogba yang merupakan pemain kelahiran akademi Manchester United turut menjadi sasaran bekas kelabnya dan Real Madrid.

Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain