LIVERPOOL gagal mencapai sasaran bagi meraih mata penuh di kubu Hull City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu.
Sebaliknya, Liverpool kecundang di tangan tuan rumah dengan 0-1.
Menampilkan Mario Balotelli sebagai penyerang, Liverool berpeluang untuk mendominasi permainan.
Bagaimanapun, Hull bangkit menjelang babak pertama berakhir.
Usaha Hull membuahkan hasil apabila meraih jaringan pada minit ke-35.
Michael Dawson menjaringkan gol selepas memanfaatkan tendangan sudut Ahmed El Mohamady.
Pasukan di bawah pimpinan Brendan Rodgers masih menemui jalan buntu untuk mengalahkan Hull.
Akhirnya skor 1-0 masih tidak berubah sehingga tamat permainan sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.
Bagi Liverpool, kecundang di tangan Hull merupakan kekalahan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Liverpool kini menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris dengan 58 mata.


