Masih lagi berada di takhta liga, Chelsea mempunyai baki lima perlawanan dengan 77 mata di atas Manchester City dan Arsenal yang masing-masing ketinggalan 10 mata di belakang pasukan tersebut.
Namun City hanya mempunyai baki empat perlawanan.
Skuad kendalian Jose Mourinho itu akan turun menantang Leicester awal pagi Khamis ini dan Crystal Palace, Ahad ini dan dua perlawanan tersebut membuka peluang cerah untuk pasukan itu mengesahkan kejuaraan.
Dalam perlawanan malam Ahad, Chelsea, tanpa penjaring terbanyak Diego Costa dan Loic Remy dan sebagai tetamu menampilkan corak permainan penuh berhati-hati berbanding Arsenal yang lebih banyak menyerang.


