suria

Serena Rangkul Juara Terbuka Miami Kali Ke-8

SERENA Williams mengumpul trofi kelapan Terbuka Miami selepas menang mudah 6-2 6-0 ke atas pemain Sepanyol, Carla Suarez Navarro dalam tempoh 56 minit.


Kejayaan tiga kali berturut-turut pemain No.1 dunia ini menjadikan William sebagai pemain yang keempat menjuarai lapan kali kejohanan ini selepas Martina Navratilova, Chris Evert dan Steffi Graf.

Jaguh Amerika Syarikat yang juga juara 19 kali Grand Slam mempamerkan permainan bertenaga menewaskan pemain di ranking ke-12 dunia itu.

“Tahniah untuk Carla yang memberi cabaran terbaik sepanjang dua minggu ini. Ini adalah permulaan dan saya berbangga dengan kamu. Kita sentiasa bersama dan ia sesuatu yang baik melihat kamu beraksi dengan cemerlang.

“Kejayaan ini ditujukan khas kepada bapa saya. Dia tidak ada di sini. Saya rindukan dia. Saya harap dia lihat apa yang berlaku hari ini. Saya sayangkan ‘daddy’-ini adalah untuk kamu.” ujar Serena.

Dan selepas itu Serena turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang hadir memberi sokongan di tempat sendiri.

“Terima kasih kepada semua peminat saya-terima kasih kerana mempercayai dan menyokong saya,” tambahnya.

Serena Williams, Terbuka Miami

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Berikut

Artikel Lain