Azizulhasni Raih Pingat Gangsa Di Perancis - Sukan | mStar

Azizulhasni Raih Pingat Gangsa Di Perancis

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada Khamis.

Pelumba berusia 27 tahun itu menerima saingan sengit daripada penyandang juara, Francois Pervis dari Perancis dan Edward Dawkins dari New Zealand, ketika menuju ke garisan penamat.

Acara itu dimenangi Pervis dan pingat perak menjadi milik Dawkins.

Pada peringkat kelayakan, Mohd Azizulhasni memenangi pusingan ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Walaupun menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan kedua peringkat separuh akhir di belakang Dawkins dan Pervis, Mohd Azizulhasni berjaya merealisasikan impiannya untuk beraksi di peringkat akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik peringkat kelayakan dan pusingan 'repechage'.

Secara keseluruhan, Josiah menamatkan saingan di tempat ke-21 bersama-sama Francesco Ceci (Itali), Kazunari Watanabe (Jepun) dan Matthew Baranoski (Amerika Syarikat).

"Hari yang menakjubkan buat pasukan kami. Rakan sepasukan, Azizul, memecut umpama gladiator hari ini dan menamatkannya dengan pingat gangsa. Saya kagum dengan beliau dan rasa bangga dapat menjadi sahabat dan rakan sepasukannya," katanya dalam laman sosial Facebook.

Dalam pada itu, Josiah mengumumkan persaraannya selepas beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 itu.

"Saya pula mengakhiri kerjaya saya dengan kejayaan beraksi dalam keirin.

Keputusan saya hari ini mungkin tidaklah hebat, tetapi saya melakukannya dengan penuh rasa bangga.

"Saya diberi banyak peluang untuk menggilap bakat dan kini, peluang itu perlu direbut oleh rakyat Malaysia yang lain untuk terus membanggakan kita.

Ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami sejak sekian lama! Saya berasa amat bangga dapat mewakili Malaysia sejak 15 tahun lepas! Secara rasminya, saya kini bersara!," katanya.

Keirin , Basikal

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana, Jumaat

Artikel Berikut

Liga Super: TRW Perlu Awasi Penyerang PDRM

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain