suria

Masa Depan Sterling Di Liverpool Jadi Tanda Tanya

Raheem Sterling masih tidak berpuas hati dengan kontrak baharu yang ditawarkan Liverpool kepadanya.

SEORANG daripada pemain paling berkesan di Liverpool ketika ini, Raheem Sterling dilaporkan menolak tawaran gaji diberi kelab itu kerana menganggap ia tidak memadai dengan kualiti dimilikinya.

Media melaporkan, Liverpool menawarkan kontrak baharu kepada Sterling bernilai £70,000 (RM383,740) seminggu.

Sumber berkata, Sterling memulakan rundingan untuk mencari persetujuan bersama mengenai gajinya di Liverpool sejak beberapa minggu lalu ketika kelab berkenaan dilihat sangat terdesak untuk mengikatnya lebih lama.

Media melaporkan, walaupun Liverpool membuat tawaran lebih baik berbanding gajinya sekarang (£30,000 atau RM164,457) seminggu, Sterling didakwa belum berpuas hati.

Kata sumber, keadaan itu memaksa kedua-dua pihak meneruskan rundingan.

“Pada ketika sama, beberapa kelab lain juga menunjukkan minat mendalam terhadap Sterling, termasuk Real Madrid dan Paris St Gemain,” katanya.

Liverpool berada di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris ketika ini selepas melalui 15 perlawanan. Mereka hanya mencatatkan enam kemenangan dan tiga seri.

Selebihnya kelab dari Anfield itu gagal memungut sebarang mata.

Kelab itu juga mencatat rekod mengecewakan  dalam kempen Liga Juara-juara apabila gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas hanya seri dengan Basel awal pagi Rabu.

Raheem Sterling, Liverpool, gaji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain