Doping: Atlet Wushu Negara Digantung Empat Bulan - Sukan | mStar

Doping: Atlet Wushu Negara Digantung Empat Bulan

Tai Cheau Xuen
KUALA LUMPUR: Badan pentadbiran antarabangsa Wushu telah menggantung Tai Cheau Xuen daripada menyertai pertandingan selama empat bulan ekoran positif ujian dadah di Sukan Asia baru-baru ini, menurut Persekutuan Wushu Malaysia, Khamis.

Cheau Xuen, yang telah dilucutkan pingat emas Sukan Asia yang dimenanginya pada bulan September, telah digantung penyertaan sehingga 20 Mac 2015, selepas perangsang sibutramine yang diharamkan ditemui dalam sistem badannya ketika persaingan di Incheon, Korea Selatan, kata persekutuan itu.

Cheau Xuen telah memulangkan pingat emas yang dimenanginya. Badan pentadbiran Malaysia berkata pemakluman mengenai penggantungan tersebut dinyatakan dalam surat yang diterima minggu lepas daripada Persekutuan Wushu Antarabangsa.

wushu , Tai Cheau Xuen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019