suria

The Blues Ceriakan Penyokong Di Stamford Bridge

Fabregas membuka tirai jaringan The Blues menerusi sepakan penalti pada perlawanan menentang Sporting Lisbons, awal pagi Khamis.

LONDON: Penyokong setia tuan rumah yang memenuhi Stamford Bridge nyata berpuas hati apabila The Blues membuktikan kemampuan menundukkan Sporting Lisbon 3-1, awal pagi Khamis.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu layak dalam 16 pasukan terakhir kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Jaringan seawal minit ke-8 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Cesc Fabregas membuka tirai jaringan perlawanan terakhir untuk Sporting Lisbon itu.

Andre Schuerrle pula beraksi cemerlang apabila menambah jaringan pada minit ke-16.

Babak kedua perlawanan bagaimanapun Sporting bangkit menerusi jaringan Jonathan Silva pada minit ke-50.

Namun kepantasan Chelsea mengatur gerakan membolehkan John Obi Mikel menjaringkan gol ketiga tuan rumah enam minit kemudian.

Kemenangan itu meletakkan The Blues pada kedudukan teratas Kumpulan G.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain