suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gandingan Trio Barcelona Tumpaskan PSG 3-1

BARCELONA: Gandingan serasi penyerang trio Barcelona nyata berbisa apabila menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis.

Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez membawa pasukan mereka ke tangga teratas kumpulan apabila menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1.

Gol pendahuluan yang dijaringan PSG menerusi Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-15 nyata memberi kesan kepada pemain Barca apabila pantas mengatur serangan balas.

Ianya berbaloi apabila empat minit kemudian, tendangan Messi mampu menyamakan kedudukan kedua-dua pasukan.

Sorakan penyokong skuad bimbingan Luis Enrique itu makin bergema apabila penyerang Brazil, Neymar menyumbat gol sebelum tamat separuh masa pertama, sekali gus menjadikan kedududukan Barcelona mendahului 2-1.

Suasana tambah gamat apabila rekod tanpa kalah PSG musim ini diranapkan Suarez apabila meledak gol ketiga pada minit ke-77.

Walaupun PSG tewas, kedua-dua pasukan layak ke pusingan 16 pasukan terakhir.

PSG, Barcalona, Zlatan Ibrahimovic, Messi

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Lain