suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Takraw Mohd Syazreen Masih Kritikal

Khairy (berdiri, kanan) melawat Mohd Syazreen di unit rawatan rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban di sini hari ini. Mohd Syazreen diMasukkan ke wad pada Sabtu lepas akibat dijangkiti virus kencing tikus. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan bapa Mohd Syazreen, Salehan Rashid. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Keadaan kesihatan pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Syazreen Qamar Salehan, 21, yang dijangkiti virus kencing tikus, masih lagi dalam keadaan kritikal.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tahap pengoksigenan Mohd Syazreen semakin stabil dan mempunyai harapan untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Dia dalam keadaan yang masih lagi kritikal disebabkan paru-paru dia berdarah dan tempoh masa semingu dua ni amat-amat kritikal sekali untuk pastikan bahawa Mohd Syazreen bukan sahaja dapat distabilkan tetapi pemulihan penuh dapat dibuat.

"Saya ucapkan terima kasih kepada doktor dan pakar di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban kerana telah memberi rawatan yang terbaik kepada Mohd Syazreen dan saya percaya dengan doa dan segala usaha-usaha yang dibuat oleh doktor yang ada disini, beliau akan pulih sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Mohd Syazreen yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi HTJ di sini Khamis.

Sabtu lepas, pemain apit kiri kebangsaan itu, dimasukkan ke HTJ selepas mengalami demam panas.

Mohd Syazreen Qamar antara pemain yang mewakili negara pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan Oktober lalu dan terbaru beraksi di Kejohanan Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2014 di Nay Pyi Taw, Myanmar, November lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain