Cardiff Tawar Peluang Latihan Kepada Empat Pemain Kedah - Sukan | mStar

Cardiff Tawar Peluang Latihan Kepada Empat Pemain Kedah

ALOR SETAR: Cardiff City Football Club (CCFC), yang berpangkalan di Wales, mengumumkan tawaran latihan khas kepada dua pemain bawah 18 tahun dan dua pemain bawah 21 tahun dari Kedah untuk tempoh sebulan.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pegawai Khas CCFC Ken Choo dalam satu sidang media di Cardiff City Stadium di Cardiff pada Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Aminuddin Omar yang juga Setiausaha Kehormat KFA dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim.

Mengulas tawaran daripada pihak CCFC itu, Mukhriz dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan CCFC di atas peluang keemasan itu.

Beliau berharap empat pemain yang akan dihantar berlatih di Cardiff awal Januari depan akan mendapat pendedahan kepada sistem dan disiplin latihan yang terbaik.

"Ia akan meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bersama pasukan Piala Belia dan Piala Presiden nanti," katanya.

CCFC dimiliki ahli perniagaan dari Malaysia Tan Sri Vincent Tan.


Cardiff , Kedah

Artikel Sebelum

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain