Sanchez Pacu Kejayaan Arsenal, Southampton Lebar Rekod Kemenangan - Sukan | mStar

Sanchez Pacu Kejayaan Arsenal, Southampton Lebar Rekod Kemenangan

Sanchez menjaringkan dua gol untuk Arsenal.
ALEXIS Sanchez menjaringkan dua gol untuk memacu kemenangan Arsenal menewaskan Burnley 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi Ahad.

Sanchez menjaringkan gol pertama pada minit ke-70 sebelum melengkapkan gol kemenangan Arsenal pada minit kecederaan. 

Manakala Calum Chambers pula menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-72 untuk membantu pasukan tuan rumah selesa menguasai perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal kembali menduduki kelompok empat pasukan teratas dalam carta liga.

Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Burnley pula masih tercari-cari kemenangan pertama untuk musim ini dan menduduki tangga tercorot liga.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, kesilapan penjaga gawang Hull Eldin Jakupovic memberi peluang kepada Southampton untuk mencatatkan kemenangan 1-0 di Stadium KC sekali gus melebarkan permulaan cemerlang mereka musim ini.

Wanyama (kanan) meraikan jaringannya.

Pemain tengah, Victor Wanyama menjaringkan gol tunggal seawal minit ketiga untuk Southampton.

Southampton mempunyai beberapa percubaan dari jarak dekat menerusi Sadio Mane dan Graziano Pelle tetapi tersasar.

Pasukan kendalian Ronald Koeman itu menduduki tangga kedua dengan kelebihan lima mata di depan Manchester City yang berada di tempat ketiga.

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Berkaitan

Man City Tewaskan United 1-0

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain