suria

Sah! Liverpool Beli Balotelli

Insiden yang mencetuskan kontroversi apabila Balotelli (kanan) dan pengurusnya di Manchester City, Roberto Mancini terlibat dalam pergaduhan di padang latihan.

INI adalah laporan yang baru diterima. Liverpool telah bersetuju membayar £16 juta kepada AC Milan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Itali, Mario Balotelli.

Balotelli sendiri memberitahu stesen televisyen Sky Italia: "Hari ini (khamis) adalah hari terakhir saya di Milanello (AC Milan)."

Ia adalah kepulangan sensasi Balotelli ke Liga Perdana Inggeris semula selepas meninggalkan Manchester City pada 2013 untuk menyertai Milan.

Balotelli, 24, dikenali dengan sikap antiknya dan seringkali menimbulkan masalah serta kontroversi di mana sahaja dia berada.

Dia pernah membakar mercun dan bunga api di bilik mandi apartmennya di Manchester sehingga mencetuskan kekecohan.

Dan yang paling melucukan ialah oleh kerana dia terlalu banyak mencetuskan kontroversi, pernah sekali dia mempamerkan singlet yang tertera ayat 'Why Always Me?' (Kenapa Hanya Asyik Saya) ketika dia menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Manchester United pada tahun 2011.

Dia juga pernah berbalah dengan pengurusnya sendiri iaitu Roberto Mancini di atas padang latihan sehingga menyebabkan Mancini terpaksa menghalaunya keluar.

Pada Rabu lalu, ejennya, Mino Raiola telah terbang ke England untuk cuba memeteraikan perjanjian dengan Liverpool.

Pada mulanya, rundingan tersebut kelihatan seperti gagal tetapi nampaknya hari ini, Balotelli sendiri memecahkan rahsia tersebut kepada Sky Italia.

Sejak kembali bermain di Liga Itali, dia telah menjaringkan 30 gol daripada 54 perlawanan iaitu jumlah yang sama yang dia jaringkan ketika mewakili City tetapi dalam 80 perlawanan.

Dan barang diingat, di sebalik segala kontroversi yang menyelubungi kariernya, Balotelli telah merangkul empat kejohanan di dua buah negara yang berbeza, juga Piala Eropah, Piala FA Cup dan Coppa Italia hanya pada usia yang masih muda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain