suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Sepanyol:Real Madrid Kecundang 2-1 Di Tangan Sevilla

Bacca (putih) menjaringkan gol kemenangan Sevilla pada aksi menentang Real Madrid, Khamis.

CARLOS Bacca menjadi punca kemenangan Sevilla 2-1 ke atas Real Madrid pada aksi Liga Sepanyol awal pagi Khamis. 

Real Madrid memulakan permainan dengan baik apabila Christiano Ronaldo membuka jaringan pertama minit ke-14.

Lima minit selepas itu Sevilla menemui rentak permainan dengan menyamakan kedudukan melalui Bacca.

Terikat seri 1-1 pada babak pertama, Los Blancos cuba bangkit mencari gol kemenangan sebaliknya Bacca sekali lagi menyumbat gol kedua Sevilla pada minit ke-72.

Real Madrid gagal mempertahanan rekod 31 perlawanan tanpa kalah dalam semua aksi selepas tewas dua kali berturut-turut minggu ini.

Isnin lalu, Real Madrid tewas 3-4 kepada Barcelona sekaligus meletakkan skuad kendalian Carlo Ancelotti ini di tangga ke-3 liga dengan 70 mata.

Manakala Barca meraih 70 mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid (72 mata), dan Sevilla pula di tangga kelima dengan 50 mata, dibelakang Athletic Club (56 mata).

SENARAI PEMAIN;

Sevilla - Beto, Alberto, Pareja, Fazio, Coke, Iborra, M'Bia, Marin, Rakitic, Reyes, Bacca. 

Real Madrid - Lopez, Carvajal, Pepe, Varane, Marcelo, Modric, Alonso, Illarramendi, Bale, Benzema, Ronaldo.

Real madrid, Liga Sepanyol, Sevilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain