suria

T-Team Bakal Lantik Ketua Jurulatih Dalam Masa Terdekat

KUALA TERENGGANU: T-Team akan menentukan siapa yang bakal menjadi jurulatih mereka bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Jusoh berkata ia termasuk rancangan kemungkinan mendapatkan khidmat jurulatih daripada Indonesia.

"Sekarang T-Team menjadi perhatian jurulatih sama ada dari dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata pada mulanya pihaknya bercadang melantik ketua jurulatih Kelantan musim ini Bojan Hodak tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

T-Team masih mempunyai jurulatih Kelas A termasuk Azlan Johar.

Mengenai barisan pemain, Abdul Rashid berkata mereka bakal terdiri daripada gabungan bintang dan bekas pemain kebangsaan yang masih disegani yang bakal diperkuatkan dengan pemain import dari Indonesia, Crotia dan Brazil.

"Kita juga akan mengadakan kontrak dengan pemain Indonesia dalam masa terdekat," katanya.- BERNAMA

Artikel Lain