Kedudukan Farkhan Diputuskan Bersama MSN Dan PTAM - Zolkples - Sukan | mStar

Kedudukan Farkhan Diputuskan Bersama MSN Dan PTAM - Zolkples

KUALA LUMPUR: Kedudukan peninju negara, Mohd Farkhan Haron dalam skuad kebangsaan akan ditentukan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), kata Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong.

Beliau berkata MSN tidak boleh campur tangan sepenuhnya dalam isu berkenaan kerana sebarang keputusan yang dibuat berhubung status pemenang pingat emas kategori 75kg pada Sukan SEA 2009 itu perlu mendapat persetujuan PTAM.

"Perkara ini perlu dapat persetujuan kedua-dua pihak. Kita (MSN) akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama PTAM pada 31 Julai bagi membincangkan mengenai kedudukan Farkhan dalam skuad kebangsaan. "Kita kena berlaku adil terhadap Farkhan kerana masa depannya masih jauh. Beliau masih muda dan keputusan yang diambil haruslah terbaik bagi dirinya," kata Zolkples pada Jumaat.

Setiausaha Kehormat PTAM Mohamed Jani Ismail dalam laporan akhbar hari ini, berkata PTAM menyerahkan kepada MSN untuk membuat keputusan berhubung kedudukan peninju berusia 25 tahun itu dalam skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Farkhan mendakwa beliau menarik diri daripada skuad kebangsaan sejak bulan lepas kerana mendapati kurangnya kemajuan dan perancangan PTAM menghadapi temasya Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Peninju kelahiran Johor itu juga mempersoal kewajaran persatuan mahu menghantarnya ke sebuah pertandingan antarabangsa berstatus lima bintang, Kejohanan Asia di Jordan baru-baru ini, biarpun dalam keadaan dirinya yang hanya berlatih empat minggu.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata keputusan yang bakal diputuskan MSN dan PTAM berhubung kedudukan Farkhan adalah demi kepentingan atlet berkenaan yang masih muda tanpa melibatkan persengketaan peribadi yang berlaku sebelum ini.

"Kita akan selesaikan masalah ini kerana ia hal kecil... hanya melibatkan salah faham antara persatuan dan atlet. Keputusan yang diambil harus adil kepada atlet dan persatuan.

"Memang betul, Farkhan tidak sepatutnya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap persatuan terus kepada media, namun kita tidak boleh salahkan dia sepenuhnya kerana PTAM juga mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai Farkhan," katanya.

Menurut laporan akhbar Rabu lepas, Farkhan akan mengadakan sidang media minggu depan untuk mendedahkan apa yang disifatkannya perkara sebenar yang berlaku dalam PTAM dan bagi membersihkan nama baiknya daripada tuduhan yang dilemparkan individu tertentu dalam persatuan itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nasib Farkhan Terletak Di Tangan MSN

default image

PTAM Kunci Mulut Isu Farkhan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan