suria

GP Monaco: Rosberg Raih Petak Pertama

Pemandu Jerman, Nico Rosberg bakal bermula daripada petak pertama pada GP Monaco yang akan berlangsung pada Ahad
 Pemandu Jerman, Nico Rosberg bakal bermula daripada petak pertama pada GP Monaco yang akan berlangsung pada Ahad
Pemandu Jerman, Nico Rosberg bakal bermula daripada petak pertama pada GP Monaco yang akan berlangsung pada Ahad

MONTE CARLO, Monaco: Pemandu Jerman, Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes bakal bermula di petak pertama pada Grand Prix Monaco esok selepas beliau mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan pada Sabtu.

Rakan sepasukan Rosberg Lewis Hamilton pula akan bermula di petak kedua sementara juara dunia tiga kali yang turut berasal dari Jerman Sebastian Vettel dari Red Bull bakal bermula petak tempat ketiga.

"Ia sudah pasti akan memudahkan," kata Rosberg, yang turut mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan Khamis lalu.

"Keadaan seperti ini berlaku di mana-mana dan apabila hujan turun sekali lagi masa yang dicatatkan juga sedikit perlahan.

"Ia berubah dengan pantas -anda perlu tayar yang sesuai pada masa yang sepatutnya. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan pusingan terakhir sangat baik."

Ini merupakan kali kesembilan Rosberg meraih petak pertama dalam Formula Satu dan petak pertama kali ketiga pada musim ini selepas GP Bahrain dan Sepanyol.

Ia juga merupakan kali petak pertama kali keempat berturut-turut bagi pasukan Mercedes, selepas Hamilton memperolehinya pada GP China bulan lalu. - AFP

Artikel Lain